Thursday, August 11, 2005

KEINGINANKU..
(aku masih ingin berbahasa Melayu nampaknya..)

Aku baru pulang dari tugasanku. Di Uni*versiti Malay*a. Ah.. begitu ramai sekali orang di sana. Maklumlah, kini sedang berlangsungnya konvokesyen untuk pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian di menara gading.

Entah kenapa, tiba-tiba terkenang kembali saat aku tamat pengajian dulu. Majlis konvokesyen tidaklah semeriah mana.. hanya dihadiri kedua ibubapa. Itu pun dah bersyukur. Masih punya ibubapa yang sudi melihatku naik ke pentas.

Tetapi, bila melihat sekeliling, rasa cemburu juga melihat graduan-graduan yang dikelilingi sahabat-sahabat yang tersayang. Lebih-lebih lagi, yang memegang bunga di hari bersejarah itu. Ahh.. aku tidak pernah mendapat bunga semasa hari konvokesyen. Tidak ada juga insan tersayang yang berdiri megah di sisi mengucapkan tahniah di atas kejayaan menghabiskan pengajian di universiti. Bukan senang nak dapatkan ijazah! Begitu banyak peperiksaan dan assignments yang harus dilengkapkan. Ada ketikanya, tidak tidur malam jugalah semata-mata untuk menghabiskan tugasan atau menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.

Well anyway, sekurang-kurangnya, dapat jugalah aku merasa naik ke pentas untuk menerima ijazah, Alhamdulillah. Degupan jantung yang kencang ketika saat beratur menunggu giliran untuk menerima sekeping kertas menandakan tamatnya pengajian telah ku lalui.

Bila melihat graduan-graduan di U*M tadi, sebak juga rasa hati. Degupan jantung menerima ijazah telah ku rasai.

Tetapi,
Bagaimanakah rasanya pula apabila dilamar lelaki tercinta? Apakah yang tergambar di fikiran sewaktu sesorang melafazkan hasrat untuk menjadikan ku permaisuri hatinya? Bagaimana pula saat pertunangan? Sewaktu menanti kehadiran bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis?

Hmmm...

Rasa di hati, cemburu juga melihat rakan-rakan yang telah berpunya. Rasa tak sabar juga menunggu saat dinikahkan. Pasti berdebar kan? Lebih-lebih lagi ketika suami menyarungkan cincin dan mencium dahi membatalkan air sembahyang.

Hmmm... Mungkinkah aku akan merasai semua itu suatu hari nanti?

It's so unfair, kan? Kita boleh belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat ijazah. We can choose what we want to study and become a so-called expert in that field when you graduate. Mahu jadi doktor, naah.. ambil saja jurusan perubatan!

Kenapa kita tidak boleh mencari pasangan cara itu? Jika kita mahu seorang jurutera sebagai suami, kan bagus jika kita boleh buat tugasan atau sit for an exam saja? Kalau kita berjaya, kita akan dihadiahkan seorang suami yang bertugas sebagai jurutera.

Sigh.. I'm rambling again. Otak ini penuh dengan persoalan-persoalan tentang kehidupan. Rasa rimas juga memikirkan benda-benda sebegini, tetapi kadang kala, otak ini tidak dapat lari daripada memikirkan benda-benda sebegini.

Hmm..

Cukuplah nukilan ku untuk hari ini. Biarlah. Tinggalkan saja aku dengan persoalan-persoalanku.. Ikut hati, ingin saja aku pergi jauh membawa diri yang sepi ini..

(Terasa juga seolah-olah aku sedang menulis untuk majalah Mel*ayu seperti E*h!.. hahah..)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home