
This entry is for a man.. in my eyes, dia lah lelaki Melayu terakhir! Maka, this entry is specially for him. And memandangkan that he is the lelaki Melayu terakhir, this entry will be in Bahasa Melayu! (Both my former English and Bahasa Melayu teachers will freak out if they read that last sentence.. hehe..)
Anyway, here goes:
Kekasihku,
Kau tahu betapa ku cinta padamu kan? Di hati ini, engkau lah perwira ku. Engkau lah lelaki Melayu terakhir ku. Engkaulah firasat hatiku.
Tapi, kadangkala.. aku merasa kecewa. Kerana ku tahu kau tak pernah jujur dengan cintaku. Aku tahu, aku hanya membuang masa mencintai mu kerana kau memang tidak pernah mencintaiku.
Di saat aku sibuk merindui mu, di saat aku begitu inginkan belai mesramu.. Aku tahu kau langsung tidak pedulikan diriku.
Malah, aku tahu kau sibuk melayan nafsumu.
Hmm... Maklumlah. Engkaukan lelaki Melayu sejati. Dan lelaki Melayu sejati sememangnya rakus di ranjang.
Itu kata mereka.
Walaupun aku memang tidak dapat membuktikan kenyataan itu. Maklumlah, aku tidak pernah berpeluang untuk bersamamu seperti yang diharapkan.
Kekasihku,
Sememangnya engkau lelaki yang puitis. Yang pandai berkata-berkata. Yang pandai menabur janji; terukir di bibir manis mu itu.
Suaramu masih terngiang di telingaku. Ah.. aku ingin mendengar suara romantik mu itu. Walaupun hanya untuk sekali lagi!
Kekasihku,
Inginku katakan sekali lagi betapa aku mencintaimu. Betapa aku ingin berada di sampingmu, dan meniti hari-hari indah bersamamu.
Namun apa daya.. kita memang tidak akan bersama, kan?
Biarlah cintaku ini terpendam jauh di hati ini.
Yang pasti, akan ku simpan dan ku genggam erat cintaku padamu sehingga ke akhir hayatku.
Kekasihku,
Betapa aku mencintaimu..
*Happy Valentin*e's Day, everyone. Yes, I'm rambling. Again. Can't blame me. I only had three hours of sleep last night, thanks to the yummylicious M.Na*sir (his concert at Plan*etHollywood was a blast!) and an early morning assignment. Ah.. tergoda melihat Abang Nasir ku..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home